Saturday, February 25, 2012

Salam 2012

Garapan 2012 yang akan menyusul dengan kepelbagaian varisi penulisan yang difikirkan perlu dan bersesuaian, insyallah

Wednesday, June 29, 2011

BERSIH PERKATAAN YANG DICEMARI


Salam untuk semua,


Isu BERSIH yang begitu hangat pada masa kini adalah konflik perjuangan yang tidak berpaksi kepada keaslian dan kebenaran. Mencerminkan salah tanggapan kepada umum demi mendapat sokongan rakyat adalah satu perbuatan khianat kepada darah , nyawa dan keturunan yang berlandaskan hak dan perjuangan untuk agama dan negara.

Setia adalah sifat yang amat mendalam pengertiannya untuk dikupas dan hayati . Menggambarkan ketidakadilan sesuatu pihak oleh himpunan BERSIH adalah retorik dan pembohongan besar kepada rakyat. 
Medium dewan undangan negeri , dewan negara ,dewan  rakyat, suruhanjaya diraja , apakah masih tidak jelas dan tulus? 

Setelah diberi air sehimpun tempayan masih dikata tidak cukup , diberi tempayan yang lebih besar, masih dikata tidak cukup, diberi tempayan yang lebih besar , dikata airnya tidak bersih pula , diberi lagi air tempayan yang besar dan bersih masih dikata apakah suci air tempayan ini ? 

Cukuplah wahai pejuang yang mencari kepuasan yang tidak berpaksi, dalam keasyikan mengelirukan rakyat agar hajat mendapat segunung emas, dipenuhi permata impian janganlah digadaikan prinsip dalam perjuangan ....

Yakinlah Allah Maha Adil ,,,jangan hanya berkata tetapi tiada iktikadnya. 

Insaflah diriku , orang muda dan belia

sesungguhnya hukum akal melandaskan kita adalah waris perjuangan 
untuk sebuah negara yang tercinta ini...

jangan izinkan mereka merosakkannya ,,,,

bersatulah demi sebuah tamadun yang baru dibina ,,,

berpakat ibarat himpunan  lidi penyapu ....

hapuskan kecurigaan ,,, 

bukalah hati menerima dan melontar demi mencari titik kesempurnaan ,,, 

jangan dibohongi diri kelak kita dan waris rugi sendiri...

fokus kepada landasan matlamat ....

kesilapan diperbaiki demi hari esok yang menuntut perubahan ... 

perubahan dicadang dan dibina bukan untuk dihancurkan ...

kehancuran adalah mudah , 

dan jika dilakukan maka tinggalah pusaka seloka dan gurindam yang dapat diwarisi anak cucu sebagaimana kita disampaikan cerita Kehebatan Empayar Melayu Melaka satu abad dahulu.

Wednesday, March 16, 2011

sambungan

Hari ini melalui sebuah kehidupan yang di bumi yang penuh aman makmur dan penuh keharmonian di bumi Malaysia adalah satu anugerah Allah yang tiada tolok bandingnya. Satus sebagai masyarakat di dalam sebuah negara berbilang kaum, peranan utama sebagai ibubapa pertengahan umur , mengamalkan islam sebagai cara hidup , menjalankan aktiviti perniagaan sebagai sara hidup adalah asas kehidupan dibumi bertuah . Peranan utama dalam menjalankan tanggungjawab sebagai bapa pastinya dilingkungi beberapa prinsip dan peradaban samada diwarisi atau diperolehi daripada penerokaan ilmu. Secara sedar atau tidak perkahwinan adalah perkongsian budaya yang dikongsi oleh dua insan untuk mewujudkan satu entiti peradaban baru yang dipercayai , diyakini  dan diamalkan oleh insan yang dinamakan zuriat atau anak.
Kerajaan yang menetapkan pendidikan wajib seawal umur 7 tahun di negara kita adalah satu bentuk penyergamaan dalam membina modal insan. Maka jadilah ia satu bentuk kepentingan wajib yang harus dilalui oleh semua masyarakat Malalysia.Ini adalah pendekatan nasional.
Di mana pula pendekatan kita dalam menambah baik kepentingan tersebut dalam melahirkan anak-anak kita untuk menjadi anak bangsa yang memberi menafaat yang baik , tinggi  dan sealiran dengan hasrat dan kepentingan nasional tersebut.
Peranan yang ada sebagai ibubapa pertengahan umur ini perlu diperhalusi supaya dapat diperkembangkan untuk menambah baik nilai pendidikan tidak formal kepada anak-anak contohnya:
Seawal pagi atau subuh lagi kita boleh menjalankan dasar kekelurgaan kita yang dipraktikan secara berterusan dan konsisten dengan menjadikan amalan mengejut sembahyang subuh kepada anak seawal usia 6 tahun lagi , pengalaman saya pernah melihat sendiri seorang ayah/bapa yang berstatus jurutera menjadikan kewajipan kepada anak-anaknya untuk menemani beliau kemesjid untuk bersolat subuh secara jemaah dengan menaiki motor honda cub lampu bulat dan hasilnya satu bentuk latihan mengawali hari dengan konsep kerjasama dan kekelurgaan telah berlaku seawal pagi lagi. Pastinya latihan ini dapat memberi kesan yang baik kepada anak-anak dalam merencana perjalanan hari tersebut dengan penuh persediaan dan teratur.
Sebagai ketua, pelbagai elemen yang baik yang diyakini dapat menambah nilai dalam persediaan anak-anak yang dapat bersaing dipasaran masa hadapan mestilah diterapkan.
Berdikari adalah satu amalan yang boleh diterapkan keatas anak-anak, membelikan jam loceng untuk melatih bangun secara sendiri dan tertib, mengemas tempat tidor sebelum ke sekolah begitu juga persiapan pakaian untuk ke sekolah . Semakan keatas rutin dan perbincangan permasalahaan adalah mekanisma untuk kita mengukur sejauh mana kesanggupan dan sifat berdikari itu dapat diterjemah dapat diambil secara jujur dan ikhlas dan bukan paksaan...

Monday, January 3, 2011

sambungan


Mengulangi rutin yang kekadang bertahun atau berpuluh tahun dilalui seakan amalan kebiasaan yang tidak dirasai apa-apa jika dapat melakukannya, ataupun perasaan kejanggalan jika tidak melaluinya. Seorang manusia akan dapat dikenali dengan gaya ulangan dan cara ulangan sesuatu rutin itu dilakukan seperti contoh seorang ayah yang kerap ke mesjid atau surau akan dikenali masanya apabila tiba waktu solat lima waktu beliau akan menjalankan ibadah dengan bermotosikal atau berjalan kaki atau berbasikal ke tempat melakukan ibadah tersebut. Ini adalah terpahat dihati sanubari anak-anak yang menyaksikan ulangan rutin ini yang mungkin semasa kecil sehingga dewasa dan memahami masa orang tuanya waktu berada dirumah dan tiada dirumah. Jika perlakuan sebaliknya maka rutin yang dilakukan juga akan memberi kesan kepada gambaran anak-anak terhadap rutin yang dijalankan.Sebagai insan pastinya ulangan rutin ke mesjid itu juga ada tahap yang dinilai dari satu masa ke suatu masa yang lain...walaupun tidak ada piawaian didalam sistem masyarakat untuk ibadah tersebut .... kebiasaannya keakraban ke rumah allah menjadikan seseorang itu lebih mudah dan cepat untuk menabung dan memikirkan bagaimana untuk mengerjakan haji ke Mekah setelah selesai tanggungan yang difikirkan perlu ....bukankah ini juga satu cara menaik taraf dalam sistem beribadat yang dijalankan walaupun perkara ini lebih menampakkan satu proses individu dalam sesuatu usaha yang dijalankan.
Pasangan muda hari ini perlu sama sekali untuk memikirkan bentuk-bentuk ulangan rutin yang dapat menjadikan contoh seperti diatas keatas anak-anak atau generasi seterusnya.Menyorot krisis identiti golongan remaja kepada agamanya, jantinanya, hubungan diantara sesama jenis dan pelbagai cabaran dalam menerima arus globalisasi , kita amat perlu untuk memahami sesungguhnya cabaran ini bukanlah satu perkara yang perlu dielakkan tetapi kita harus meyakini diri dan generasi seterusnya cabaran adalah perkara yang perlu ditempuhi dan berhadapan dalam kita menyerap dan membuat penilaian yang akhirnya ditimbang dan diputuskan kemana permasaalahan tersebut patut diuraikan dan dirumuskan supaya tidak berlaku sepertimana permasalahan yang sedang kita hadapi pada hari ini masalah sampah yang satu masa dulu dicampakkan kesungai dianggap selesai tetapi selepas 15 hingga 20 tahun kita terpaksa membayar satu kos yang amat tinggi untuk memastikan sumber air bersih dapat dijana untuk kehidupan yang akan datang.
Hari ini ulangan rutin apakah yang dapat dicadangkan supaya perlakuan tersebut dapat dinaik taraf dan menjadikan contoh untuk satu bentuk perilmuan tidak formal yang memberi nilai dalam melahirkan Bangsa Malaysia atau Modal Insan yang mempunyai jati diri pada masa hadapan ?

Thursday, December 30, 2010

sambungan


Bila berbicara berkenaan tanda aras pastinya pelbagai elemen diambilkira dan menjadikan ukur persoalan kepada jawapan yang khusus. Tanda aras sebuah negara pastinya tidak sama dengan tanda aras seorang individu pada dasarnya tetapi dalam mewujudkan sebuah tanda aras negara, ada elemen yang bermula dengan pencapaian sebuah kumpulan manusia dengan meletakkan objektif kearah pencapaiannya.Secara dasarnya seorang individu yang bernama rakyat atau masyarakat secara sedar atau tidak adalah penyumbang kepada setiap kajian dan bahan laporan negara.Contohnya mudah, jika kita ada seorang anak dalam tahun peperiksaan maka secara automatik ia menjadi bahan ukuran pencapaian negara apabila keputusan itu direkodkan.Berbalik kepada soalan pokok ' Mengulangi rutin dan menaikkan tanda aras '.


Dalam kehidupan seharian, keasyikan mengulangi rutin membuatkan kita leka dan kekadang terlupa masa semakin pantas mendahului kita. Biasa kita dengar " Dah besar anak kamu " , " Rupanya diam tak diam dah 10 tahun kita tak jumpa " , " Rasa macam baru semalam kita tinggalkan sekolah " adalah antara bait-bait popular yang sinonim dengan masyarakat kita.Sedarkah kita apabila kita kurang mengambil perhatin atau meletakkan sesuatu rutin dengan tanda aras tertentu maka rutin itu ibarat keasyikan yang lena dibuai mimpi dan meletakkan kita dalam ruang luar sedar dalam jaga atau kehidupan.Bukankah ini merugikan.


Hari-hari yang dilalui walau berat mana sekalipun tetap jua diharungi  dek kerana beban hutang dan tanggungjawab atas sebab ingin melangsaikan atau melunaskan mengikut fahaman kita.Kita mengulangi rutin dari hari ke hari ,menjalankan amanah pekerjaan,  mencari pendapatan , menjalankan amanah kekeluargaan dan menjalankan amanah kepada Tuhan. 
Apakah kita benar-benar menikmati hidup secara ikhlas dengan diri dan tanggungjawab kita? 

Wednesday, December 29, 2010

MENGULANGI RUTIN DAN MENAIKKAN TANDA ARAS

Assalamualaikum warahmatullah hitaala wabarakatuh dan salam 1 malaysia

Alhamdulilah diizinkan Allah subhanawataala untuk kita bertemu dalam ruangan blog SINAR ILMU untuk berdiskusi perihal pelbagai sudut perilmuan . Suka saya membuka ruangan blog ini dalam berkongsi perihal kehidupan seharian agar banyak perkara yang pastinya tidak formal dan dibukukan dapat dilontarkan secara ilmiah untuk diluaskan kupasan dan menyegarkan hati dan minda dengan aura positif dan mengurangkan aliran cas negatif. Kita faham banyak institusi pengajian diseluruh muka bumi ini. Jika di Malaysia seawal tiga hingga empat tahun rakyat kita telah didedahkan dengan perilmuan secara formal. Inilah buktinya apabila perilmuan adalah perkara yang utama dalam menilai tamadun , perkembangan  dan hasil . Era Negara Maju yang ingin dicapai menuntut untuk semua mesti mengembeleng tenaga bersepadu kearah mencapai matlamat.Wujud persoalan disini dimanakah tanda aras yang dibuat ?