Wednesday, March 16, 2011

sambungan

Hari ini melalui sebuah kehidupan yang di bumi yang penuh aman makmur dan penuh keharmonian di bumi Malaysia adalah satu anugerah Allah yang tiada tolok bandingnya. Satus sebagai masyarakat di dalam sebuah negara berbilang kaum, peranan utama sebagai ibubapa pertengahan umur , mengamalkan islam sebagai cara hidup , menjalankan aktiviti perniagaan sebagai sara hidup adalah asas kehidupan dibumi bertuah . Peranan utama dalam menjalankan tanggungjawab sebagai bapa pastinya dilingkungi beberapa prinsip dan peradaban samada diwarisi atau diperolehi daripada penerokaan ilmu. Secara sedar atau tidak perkahwinan adalah perkongsian budaya yang dikongsi oleh dua insan untuk mewujudkan satu entiti peradaban baru yang dipercayai , diyakini  dan diamalkan oleh insan yang dinamakan zuriat atau anak.
Kerajaan yang menetapkan pendidikan wajib seawal umur 7 tahun di negara kita adalah satu bentuk penyergamaan dalam membina modal insan. Maka jadilah ia satu bentuk kepentingan wajib yang harus dilalui oleh semua masyarakat Malalysia.Ini adalah pendekatan nasional.
Di mana pula pendekatan kita dalam menambah baik kepentingan tersebut dalam melahirkan anak-anak kita untuk menjadi anak bangsa yang memberi menafaat yang baik , tinggi  dan sealiran dengan hasrat dan kepentingan nasional tersebut.
Peranan yang ada sebagai ibubapa pertengahan umur ini perlu diperhalusi supaya dapat diperkembangkan untuk menambah baik nilai pendidikan tidak formal kepada anak-anak contohnya:
Seawal pagi atau subuh lagi kita boleh menjalankan dasar kekelurgaan kita yang dipraktikan secara berterusan dan konsisten dengan menjadikan amalan mengejut sembahyang subuh kepada anak seawal usia 6 tahun lagi , pengalaman saya pernah melihat sendiri seorang ayah/bapa yang berstatus jurutera menjadikan kewajipan kepada anak-anaknya untuk menemani beliau kemesjid untuk bersolat subuh secara jemaah dengan menaiki motor honda cub lampu bulat dan hasilnya satu bentuk latihan mengawali hari dengan konsep kerjasama dan kekelurgaan telah berlaku seawal pagi lagi. Pastinya latihan ini dapat memberi kesan yang baik kepada anak-anak dalam merencana perjalanan hari tersebut dengan penuh persediaan dan teratur.
Sebagai ketua, pelbagai elemen yang baik yang diyakini dapat menambah nilai dalam persediaan anak-anak yang dapat bersaing dipasaran masa hadapan mestilah diterapkan.
Berdikari adalah satu amalan yang boleh diterapkan keatas anak-anak, membelikan jam loceng untuk melatih bangun secara sendiri dan tertib, mengemas tempat tidor sebelum ke sekolah begitu juga persiapan pakaian untuk ke sekolah . Semakan keatas rutin dan perbincangan permasalahaan adalah mekanisma untuk kita mengukur sejauh mana kesanggupan dan sifat berdikari itu dapat diterjemah dapat diambil secara jujur dan ikhlas dan bukan paksaan...