Thursday, December 30, 2010

sambungan


Bila berbicara berkenaan tanda aras pastinya pelbagai elemen diambilkira dan menjadikan ukur persoalan kepada jawapan yang khusus. Tanda aras sebuah negara pastinya tidak sama dengan tanda aras seorang individu pada dasarnya tetapi dalam mewujudkan sebuah tanda aras negara, ada elemen yang bermula dengan pencapaian sebuah kumpulan manusia dengan meletakkan objektif kearah pencapaiannya.Secara dasarnya seorang individu yang bernama rakyat atau masyarakat secara sedar atau tidak adalah penyumbang kepada setiap kajian dan bahan laporan negara.Contohnya mudah, jika kita ada seorang anak dalam tahun peperiksaan maka secara automatik ia menjadi bahan ukuran pencapaian negara apabila keputusan itu direkodkan.Berbalik kepada soalan pokok ' Mengulangi rutin dan menaikkan tanda aras '.


Dalam kehidupan seharian, keasyikan mengulangi rutin membuatkan kita leka dan kekadang terlupa masa semakin pantas mendahului kita. Biasa kita dengar " Dah besar anak kamu " , " Rupanya diam tak diam dah 10 tahun kita tak jumpa " , " Rasa macam baru semalam kita tinggalkan sekolah " adalah antara bait-bait popular yang sinonim dengan masyarakat kita.Sedarkah kita apabila kita kurang mengambil perhatin atau meletakkan sesuatu rutin dengan tanda aras tertentu maka rutin itu ibarat keasyikan yang lena dibuai mimpi dan meletakkan kita dalam ruang luar sedar dalam jaga atau kehidupan.Bukankah ini merugikan.


Hari-hari yang dilalui walau berat mana sekalipun tetap jua diharungi  dek kerana beban hutang dan tanggungjawab atas sebab ingin melangsaikan atau melunaskan mengikut fahaman kita.Kita mengulangi rutin dari hari ke hari ,menjalankan amanah pekerjaan,  mencari pendapatan , menjalankan amanah kekeluargaan dan menjalankan amanah kepada Tuhan. 
Apakah kita benar-benar menikmati hidup secara ikhlas dengan diri dan tanggungjawab kita? 

Wednesday, December 29, 2010

MENGULANGI RUTIN DAN MENAIKKAN TANDA ARAS

Assalamualaikum warahmatullah hitaala wabarakatuh dan salam 1 malaysia

Alhamdulilah diizinkan Allah subhanawataala untuk kita bertemu dalam ruangan blog SINAR ILMU untuk berdiskusi perihal pelbagai sudut perilmuan . Suka saya membuka ruangan blog ini dalam berkongsi perihal kehidupan seharian agar banyak perkara yang pastinya tidak formal dan dibukukan dapat dilontarkan secara ilmiah untuk diluaskan kupasan dan menyegarkan hati dan minda dengan aura positif dan mengurangkan aliran cas negatif. Kita faham banyak institusi pengajian diseluruh muka bumi ini. Jika di Malaysia seawal tiga hingga empat tahun rakyat kita telah didedahkan dengan perilmuan secara formal. Inilah buktinya apabila perilmuan adalah perkara yang utama dalam menilai tamadun , perkembangan  dan hasil . Era Negara Maju yang ingin dicapai menuntut untuk semua mesti mengembeleng tenaga bersepadu kearah mencapai matlamat.Wujud persoalan disini dimanakah tanda aras yang dibuat ?