Monday, January 3, 2011

sambungan


Mengulangi rutin yang kekadang bertahun atau berpuluh tahun dilalui seakan amalan kebiasaan yang tidak dirasai apa-apa jika dapat melakukannya, ataupun perasaan kejanggalan jika tidak melaluinya. Seorang manusia akan dapat dikenali dengan gaya ulangan dan cara ulangan sesuatu rutin itu dilakukan seperti contoh seorang ayah yang kerap ke mesjid atau surau akan dikenali masanya apabila tiba waktu solat lima waktu beliau akan menjalankan ibadah dengan bermotosikal atau berjalan kaki atau berbasikal ke tempat melakukan ibadah tersebut. Ini adalah terpahat dihati sanubari anak-anak yang menyaksikan ulangan rutin ini yang mungkin semasa kecil sehingga dewasa dan memahami masa orang tuanya waktu berada dirumah dan tiada dirumah. Jika perlakuan sebaliknya maka rutin yang dilakukan juga akan memberi kesan kepada gambaran anak-anak terhadap rutin yang dijalankan.Sebagai insan pastinya ulangan rutin ke mesjid itu juga ada tahap yang dinilai dari satu masa ke suatu masa yang lain...walaupun tidak ada piawaian didalam sistem masyarakat untuk ibadah tersebut .... kebiasaannya keakraban ke rumah allah menjadikan seseorang itu lebih mudah dan cepat untuk menabung dan memikirkan bagaimana untuk mengerjakan haji ke Mekah setelah selesai tanggungan yang difikirkan perlu ....bukankah ini juga satu cara menaik taraf dalam sistem beribadat yang dijalankan walaupun perkara ini lebih menampakkan satu proses individu dalam sesuatu usaha yang dijalankan.
Pasangan muda hari ini perlu sama sekali untuk memikirkan bentuk-bentuk ulangan rutin yang dapat menjadikan contoh seperti diatas keatas anak-anak atau generasi seterusnya.Menyorot krisis identiti golongan remaja kepada agamanya, jantinanya, hubungan diantara sesama jenis dan pelbagai cabaran dalam menerima arus globalisasi , kita amat perlu untuk memahami sesungguhnya cabaran ini bukanlah satu perkara yang perlu dielakkan tetapi kita harus meyakini diri dan generasi seterusnya cabaran adalah perkara yang perlu ditempuhi dan berhadapan dalam kita menyerap dan membuat penilaian yang akhirnya ditimbang dan diputuskan kemana permasaalahan tersebut patut diuraikan dan dirumuskan supaya tidak berlaku sepertimana permasalahan yang sedang kita hadapi pada hari ini masalah sampah yang satu masa dulu dicampakkan kesungai dianggap selesai tetapi selepas 15 hingga 20 tahun kita terpaksa membayar satu kos yang amat tinggi untuk memastikan sumber air bersih dapat dijana untuk kehidupan yang akan datang.
Hari ini ulangan rutin apakah yang dapat dicadangkan supaya perlakuan tersebut dapat dinaik taraf dan menjadikan contoh untuk satu bentuk perilmuan tidak formal yang memberi nilai dalam melahirkan Bangsa Malaysia atau Modal Insan yang mempunyai jati diri pada masa hadapan ?